Tuesday, October 27, 2009

Ana ingin berkongsi dan mengupas perkongsian yang pernah diberikan oleh seorang murabbi yang cukup memberi kesan kepada diri ana tentang elemen atau unsur Tarbiyyah yang mana Tarbiyyah perlu mendasari 4 perkara ini. Iaitu:

1. Ruh

2. Akal

3. Hati

4. Nafsu.


Dalam pentarbiyyah seseorang individu itu samada kepada diri sendiri atau individu lain tarbiyah perlu menyentuh ke empat-unsur ini untuk merubah tingkahlaku@ peribadi seseorang itu ke arah yang lebih baik. Tanpa 4 elemen ini pentarbiyyahan seseorang individu itu tidak berkesan


Ruh


Unsur yang yang paling penting sekali ialah ruh. Lemahnya ruh mendorong jiwa mati, hati kotor, nafsu bermaharaja dalam diri, akal mudah dipandu oleh nafsu dan seterusnya ketidakseimbangan dalam pembentukan diri seseorang individu. Ini kerana apabila ruh kuat kuat nafsu akan lemah. Ruh perlu diperkuatkan dengan amalan-amalan harian yang berterusan dan istimrar bagi melemahkan nafsu.


Tanpa ruh yang kuat akan wujudlah individu yang nampak wara’ tetapi hati kotor dan busuk, pandai berkata-kata dan berilmu tinggi tetapi nafsu kuat, berilmu tetapi tidak mengamalkannya dan sebagainya. Oleh itu pentarbiyyahan ruhiah perlu diberi penekanan yang tegas dalam pembentukan seorang individu muslim.


Sebagai contoh kita lihat semasa zaman Rasulullah, peringkat pentarbiyyahan pertama yang Rasulullah terima dari ALLAH adalah pentarbiyyahaan syadid dari sudut pembinaan ruhiah yang kuat di mana disebutkan dalam surah Al-muzammil. Allah telah mewajibkan Nabi pada awal kenabian untuk berqiamulail beserta modul yang Allah telah gariskan iaitu 1) dilakukan selama setahun 2) dilakukan ½ malam atau kurang sedikit atau 2/3 malam. Jelas disini kepentingan Tarbiyyah ruhiah itu dalam pembentukan individu muslim yang kuat sehingga tarbiyyah pertama yang Nabi Muhammad terima adalah pembinaan kekuatan ruh.


Akal


Akal juga merupakan elemen yang penting bagi manusia. Kerana beramal tanpa tanpa ilmu kita akan sesat. Akal penting bagi memandu dan hidup. Akal yang waras adalah akal yang boleh membezakan yang baik dan buruk dan boleh mengarahkan pemiliknya ke arah kebaikan


Pembinaan akal boleh dicapai melalui thaqafah yang mana merangkumi ilmu, pengetahuan dan kebudayaan. Thaqafah ini boleh dicapai dengan ceramah, kuliah, pembacaan, pengalaman dan lain-lain. Thaqafah ini meliputi pelbagai bidang ilmu dan pengetahuan termasuk, isu-isu semasa, siasah dan sebagainya. Thaqafah perlu digarap dan diimplimentasikan serta dipraktikkan ke arah perubahan tingkahlaku yang lebih baik. Pembinaan kefahaman dalam pembinaan individu muslim itu juga penting kerana tanpa kefahaman yang betul kita akan sesat. Kerana ini Imam Hassan Al-Banna menggariskan kefahaman sebagai perkara yang pertama dalam rukun baiah. Oleh, kefahaman yang sempurna dan berdasarkan islam yang sebenar perlu diterapkan dalam diri bagi membentukan individu muslim yang berperibadi muslim dan faham tugas sebagai muslim .


Namun, seseorang individu itu tetap perlu mempunyai ruhiah yang kuat sebagai gandingan akal bagi membentuk individu yang sempurna. Tanpa ruhiah yang kuat manusia mungkin akan lemah dan segala ilmu pengetahuan yang ada tidak digunakan dengan sebaiknya demi islam dan mungkin akhirnya akan lupus begitu sahaja dari kotak minda kerana tidak diamalkan.


Hati


Hati juga merupakan elemen tidak kurang pentingnya dalam pembentukan individu muslim. Hati kotor, hati rosak maka rosaklah diri. Hati merupakan pusat dalam diri yang berperanan penting dalam mengawal akhlak dan peribadi seseorang. Seseorang yang berhati bersih akan melahirkan individu yang berakhlak mulia, dekat dengan Allah dan sebagainya.


Masalah hati antara masalah yang terbesar yang boleh menyebabkan kebejatan dalam gerak kerja Islam dan pembentukan individu muslim. Sebagai contoh sikap ria’, ujub, hasad dengki, buruk sangka, suka berniat jahat, khianat dan sebagainya. Selain itu, hati yang kotor juga mudah dipandu oleh syaitan. Ini kerana hati tempat syaitan membisikan dan membenamkan jarum-jarum kejahatan dalam diri manusia serta menyebabkan hubungan dengan ALLAH semakin jauh. Bila mana hati semakin jauh dari Allah, akan semakin jauhlah diri kita dari rahmat Allah. Tanpa rahmat Allah kita mudah terjerumus dalam lembah kejahatan.


Oleh itu, hati perlu sentiasa dijaga dan disucikan dari semasa ke semasa dalam pembentukan diri seorang individu muslim. Untuk menjaga hati kita memerlukan kekuatan ruhiah. Hati perlu dibersihkan dengan sentiasa berzikir, membaca Al-Quran, solat malam dan sebagainya.


Nafsu.

Firah manusia mempunyai nafsu dan tanpa nafsu manusia tidak boleh meneruskan kehidupan. Namun, nafsu juga elemen yang boleh membawa manusia kepada kerosakan. Sebahagian ulama membahagikan tingkatan nafsu ini kepada 7 peringkat iaitu;

1. Nafsu Ammarah (Gagal)

2. Lawwamah ( Lemah)

3. Mulhamah (Lulus)

4. Mutmainnah (Baik)

5. Radhiah (Sangat baik)

6. Mardhiah (Cemerlang)

7. Kamilah (sangat cemerlang)


Nafsu ammarah biasanya mengajak manusia suka kepada kejahatan. Oleh itu, nafsu ammarah perlu dikekang, dikawal supaya tidak mendominasi diri dan mengajak diri kita suka melakukan perkara kejahatan. Maka pentarbiyyah perlu juga menyentuh nafsu supaya nafsu terdidik untuk suka ke arah kebaikan dan seterusnya mampu membentuk diri menjadi individu yang mengamalkan Islam secara sepenuhnya serta mencapai nafsu mutamainnah. Nafsu mutmainnah merupakan tingkat tertinggi bagi manusia kerana ia berjaya memenjara nafsu jahat sehingga jiwa pemiliknya sentiasa tenang.


Allah telah befirman dalam Suratul Al-Fajr: 27 – 30 yang bermaksud,

“ Hai jiwa yang tenang (mutmainnah)! Kembalilah kepada tuhanmu dengan rasa reda lagi diredai. Masuklah ke dalam kumpulan hamba-hambaKu dan masuklah ke syurgaKu.”


Persoalannya bagaimana untuk mendidik nafsu? Kekuatan ruh sahaja yang mampu menundukkan nafsu dalam diri. Nafsu perlu dikekang dengan melakukan solat-solat sunat, puasa dan sebagainya.


kesimpulan


Konklusinya, 4 elemen ini tidak boleh tidak, perlu diambil kira dalam pembentukan seorang individu muslim yang mana tarbiyah perlu menjurus menyentuh, dan dirangka mendasari 4 elemen tesebut. Namun, kekuatan ruh adalah aspek yang paling penting perlu ditekankan kerana ia merupakan tunjang utama untuk membentuk akal yang waras, hati yang bersih dan nafsu mutmainnah, seterusnya membentuk diri menjadi seorang muslim yang sempurna. Kekuatan hubungan dengan Allah adalah teras dan segala apa yag kita lakukan perlu bertitik tolak dari kekuatan aqidah kita kepada Allah kerana kita HANYA HAMBA-NYA. Kita langsung tiada daya tanpa kuasa dan kehendak-NYA. Maka hanya kepadaNYA tempat kita kembali, merujuk dan memohon pertolongan.

Mari Kuatkan Ruh!! Tumpaskan Nafsu!!

BAGAIMANAKAH CARA TINGKATKAN KUALITI NUQABA???

emelkan pendapatkan anda untuk meningkatkan kulaiti nuqaba ke arah kecemerlangan diri dalam membentuk peribadi muslim seterusnya membina generasi ( usrah ) ke arah yang berketerampilan dan berkebolehan...


emelkan kepada :

trait_dudes@yahoo.com atau lujnahtarbiah@yahoo.com.....

LIQA BULANAN

Saturday, October 24, 2009

RENUNGAN...

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya
> > > ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut
> > > kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2
> > > bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa ' segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram.... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. '
> > >
> > > Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan!
> > >
> > > Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...
> > >
> > > Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...
> > > Beliau berkata... ' bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan
> > >
> > > Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...' dan kata beliau lagi... ' walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...'
> > >
> > > Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... ' Menurut kamus dewan...indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. '
> > >
> > > Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...
> > >
> > > Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan
> > >
> > > Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak
> > > boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.
> > >
> > > Kata beliau seterusnya.. ..
> > >
> > > Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
> > >
> > > 1.Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
> > > 2.Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
> > > 3.Mereka yang berdiam diri.
> > > 4.MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU
> > > ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)
> > >
> > > Dengan ini selesailah tanggungjawab saya
> > >
> > > Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN
> > > yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu
> > > adalah :
> > >
> > > 1) AL-IMAN
> > > 2) AL-WASAYA
> > > 3 ) AL-TAJASU
> > > 4) DANAL-MUSLIMOON
> > >
> > > Jangan sesekali layari laman web ! http://www.thequran.com... (Father Zakaria) kerana segala isinya adalah palsu. Sebarkan email ini kepada umat Islam seramai yang mungkin!!!

pemberitahuan..

Liqa nuqaba pada 22 oktober 2009(khamis) dibatalkan kerana penceramah tidak dapat hadir dan akan ditunda ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian...
segala kesulitan amat dikesali...
lujnah tarbiah dan kepimpinan MTEN@LTK...

Tuesday, October 20, 2009

MEMAHAMI KONSEP MURABBIY DALAM DIRI PENDAKWAH

Konsep “Murabbiy” dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap “muallim”. Muallim bermaksuf pengajar, lebih menjurus kepada sorang pengajar atau guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Tetapi, konsep “Murabbiy” merujuk kepada Pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.


Justeru, Murabbiy akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbiy berlegar di “hati”. Perumpamaan yang boleh diketengahkan di sini ialah Muallim adalah orang yang bertugas mengumpulkan bahan masakan sepeti tepung, gula, garam dan rempah ratus. Manakala Murabbiy adalah diumpamakan seperti seorang tukang masak yang mahir berkemampuan mengadun dan membancuh tepung hingga berjaya dimasak menjadi kuih/hidangan yang enak.

CIRI-CIRI KEPIMPINAN /PENDAKWAH - Murabbiy

Asas pembinaan seorang “Murabbiy” berkait rapat dengan konsep pembinaan Pendakwah. Berbicara tentang Dakwah dan Pendakwah dalam Islam, semestinya elemen “Murabbiy” / pendidik tidak boleh dipisahkan. Berikut dikemukakan beberapa pandangan tokoh dan ulama’ dalam membinan asas keperibadian unggul Pendakwah.

1. Buku : Gerakan Islam: Kepimpinan – Syura –Tarbiyah, Zawawi Ali dan Mohammad Kamil Abdul Majid, menyatakan antara sifat-sifat Qiyadah dalam membimbing Harakah masakini perlu berteraskan ciri-ciri dan sifat kepimpinan Rasullullah s.a.w iaitu:

a. Keberanian dan keazaman yang kukuh.

b. Sabar dan berpendirian teguh – dalam mengharungi segala rintangan, ujian dan siksaan kaum Quraish terhadap dirinya.

c. Keadilan dan Persamaan – Rasulullah s.a.w seorang yang bersifat adil dan mewujudkan persamaan contohnya Baginda turut sama dalam melaksanakan pembinaan Masjid pertama di Madinah. Baginda juga turut menggali Khanda / parit dalam peristiwa Ahzab.

d. Peribadi dan Watak yang Sempurna – keperibadian dan budipekerti Rasulullah s.a.w amat meyakinkan.

Sheikh Fathi Yakan, Musyhkilatu da’wah wad-da’iyah menulis tentang sifat-sifat pendakwah sepertimana berikut:

a. Kebersihan Jiwa dan Rohani
- perlu sentiasa ikhlas
- sentiasa mengingati Allah swt.
- Selalu memperbaiki ibadahnya, membanyakkan amalan sunat dan - tidak meninggalkan tahajjud.

b. Kesihatan Badan dan Kekuatannya

-Menjaga kesihatannya kerana kepimpinan dan pendakwah penuh dengan pemikiran, kerja dan perjuangan yang bersambung-sambung dan tidak henti-henti.

c. Keupayaan Akal dan Fikiran

- Pemimpin, fikiran dan mindanya haruslah terdiri dari pelbagai bahan tidak hanya terhad kepada ilmu Islami sahaja tanpa mendalami ilmu-ilmu lain.

- Berupaya juga menganalisis persekitaran dengan menggarapkan ilmu pengetahuan dan maklumat yang sedia ada dengan menjadikan pengalaman sebagai panduan berteraskan kepada Al-Quran & As-Sunnah.

Seterusnya beliau menambah bahawa ada beberapa sifat-sifat yang perlu bagi Pimpinan:

a. Mengenali Dakwah – mengenali organisasi dan matlamat perjuangan (ada hubungan)

b. Mengenali Jiwa – mengetahu kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya sendiri

c. Perhatian kepada ahli-ahli – mengambil tahu hal-ehwal pengikut.

d. Tauladan yang baik (al-Qudwatul Hasanah)

e. Pandangan yang tajam – tidak mempunyai sikap teragak-agak, kabur, resah dan tidak tegas.

f. Kemahuan yang kuat

g. Daya Tarikan semulajadi

h. Optimisma

Sayyid Sabiq juga menyatakan berkenaan sifat pemimpin seperti berikut:

a. Seorang pemimpin itu mesti selalu membuat musyawarah dan jangan membuat keputusan sendiri.

b.Hendaklah seorang pemimpin itu bersifat lemah-lembut dan pengasih kepada pengikut-pengikutnya.

c. Dalam konteks melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar, hendaklah pemimpin itu melarang ahli-ahlinya daripada melakukan maksiat.

d. Hendaklah seseorang pemimpin itu menghubungi pengikut-pengikutnya dan mengetahui keperluan mereka.

e. Hendaklah pemimpin itu menyerahkan tugas-tugasnya bertepatan dengan orang yang selayaknya.

RENUNGAN... ucaptama iblis kepada warga neraka

Menurut sebuah hadith, diterangkan bahawa di neraka disediakan sebuah mimbar dari api untuk iblis. Dia dipakaikan pakaian dari api, mahkota dari api dan diikat dengan tali dari api.

Kemudian dikatakan kepada Iblis : “Wahai Iblis, naik ke atas mimbar dan bersyarahlah kepada ahli neraka”. Lalu Iblis berkata : “Wahai para penghuni neraka !” beliau terus berkata : “Wahai orang-orang KAFIR dan orang-ornag munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepada kamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua akan mati, akan dihalau dan dihisabkan dan menjadi dua kumpulan, satu ke syurga dan satu ke neraka Sa’ir.”

Tambah Iblis lagi : “Kamu semua menyangka bahawa kamu tidak akan meninggal dunia, bahkan kamu menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada kekuasaanku ke atas kamu semua melainkan aku hanya menganggu kamu. Akhirnya kamu semua mengikutku, maka dosanya untuk kamu. Oleh yang demikian, janganlah kamu mengumpat dan mencaciku, sebaliknya umpatlah dirimu sendiri kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat”.

Berkata iblis lagi : “Mengapakah kamu tidak menyembah Allah, sedangkan Allah SWT yang menciptakan sesuatu ?”.

Seterusnya Iblis berkata : “Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari siksa Allah, kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari ini aku melepaskan diri dari apa yang telah aku katakan kepada kamu semua, sesungguhnya aku telah diusir dan ditolak dari rahmat Tuhan Sekelian Alam”.

Lalu Iblis itu dipukul oleh Malaikat Zabaniyah dengan tombak dari api dan dia jatuh ke tempat yang paling bawah. Dia kekal bersama-sama pengikutnya di neraka.

Malaikat Zabaniyahpun berkata : “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalamnya buat selam-lamanya”.

RENUNGAN... ucaptama iblis kepada warga neraka

Menurut sebuah hadith, diterangkan bahawa di neraka disediakan sebuah mimbar dari api untuk iblis. Dia dipakaikan pakaian dari api, mahkota dari api dan diikat dengan tali dari api.

Kemudian dikatakan kepada Iblis : “Wahai Iblis, naik ke atas mimbar dan bersyarahlah kepada ahli neraka”. Lalu Iblis berkata : “Wahai para penghuni neraka !” beliau terus berkata : “Wahai orang-orang KAFIR dan orang-ornag munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepada kamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua akan mati, akan dihalau dan dihisabkan dan menjadi dua kumpulan, satu ke syurga dan satu ke neraka Sa’ir.”

Tambah Iblis lagi : “Kamu semua menyangka bahawa kamu tidak akan meninggal dunia, bahkan kamu menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada kekuasaanku ke atas kamu semua melainkan aku hanya menganggu kamu. Akhirnya kamu semua mengikutku, maka dosanya untuk kamu. Oleh yang demikian, janganlah kamu mengumpat dan mencaciku, sebaliknya umpatlah dirimu sendiri kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat”.

Berkata iblis lagi : “Mengapakah kamu tidak menyembah Allah, sedangkan Allah SWT yang menciptakan sesuatu ?”.

Seterusnya Iblis berkata : “Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari siksa Allah, kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari ini aku melepaskan diri dari apa yang telah aku katakan kepada kamu semua, sesungguhnya aku telah diusir dan ditolak dari rahmat Tuhan Sekelian Alam”.

Lalu Iblis itu dipukul oleh Malaikat Zabaniyah dengan tombak dari api dan dia jatuh ke tempat yang paling bawah. Dia kekal bersama-sama pengikutnya di neraka.

Malaikat Zabaniyahpun berkata : “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalamnya buat selam-lamanya”.

6 TIPS 'JANGAN' BAGI PEMIMPIN

Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz seringkali menangis di malam hari sepanjang tempoh beliau menjadi khalifah. Apabila khadamnya bertanyakan hal tersebut beliau menjawab, "Bukan engkau yang akan berhadapan dengan Tuhan di Akhirat kelak. Seluruh anggota tubuh serta apa sahaja yang menjadi milikku, Tuhan akan perhitungkan. Itu pun belum tentu aku akan selamat. Betapalah kini seluruh urusan umat tertanggung di atas bahu aku."

Begitulah sikap pemimpin yang bertaqwa. Taqwa itulah kelayakan paling utama sebagai pemimpin. Taqwa itulah modal utama beliau melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan benar-benar tepat menurut kehendak Allah SWT dan RasulNya. Bermodalkan taqwa itulah maka beliau memiliki anugerah Allah SWT yang sangat mahal. Anugerah itu disebut oleh Allah SWT di dalam Al Quran dengan maksudnya:

"Dengan sebab merekalah maka orang lain dibantu. "

"Dengan sebab merekalah maka orang lain diberi rezeki. "

Ertinya bukan terhenti pada dirinya saja dibantu oleh Tuhan dalam segala urusan, malah orang lain turut mendapat rahmat, bantuan dan pertolongan dari Tuhan.

Selepas era salafussoleh, persoalan taqwa sudah tersisih dari kehidupan para pemimpin. Tamadun manusia semakin berkembang tetapi kepentingan taqwa dalam kepimpinan semakin tidak dipedulikan. Apabila keadaan demikian terjadi, pemimpin semakin renggang dari Tuhan, semakin jauh dari Rasulullah SAW. Akibatnya syariat semakin terbarai dan semakin rosak, kasih sayang semakin pupus. Masyarakat sudah tidak terdidik. Sudah tidak lagi terbangun insaniah, dalam ertikata tidak lagi memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan.

Di zaman salafussoleh di mana tamadun rohani masih tinggi, masyarakatnya rata-rata masih baik, mereka amat takut dengan jawatan dan pangkat khususnya dalam kepimpinan umat. Sesiapa yang berada di tampok kepimpinan, merekalah yang paling cemas dan bimbang. Merekalah yang sentiasa kecut hati berhadapan dengan keagungan dan kebesaran Tuhan. Kebesaran Tuhan itu benar-benar menjadikan hati mereka sentiasa bergelombang dengan ketakutan. Takut, kerana Maha Besarnya Tuhan itu dengan segala sifat 'Maha'-Nya boleh memusnahkan alam semesta ini dengan sekelip mata saja. Sama saja di sisi Tuhan dalam hendak menjadikan seluruh alam ini dengan berkata, "Jadilah!", maka terjadilah segala-galanya.

Keadaan kepimpinan di zaman salafussoleh itu sudah tidak terjadi lagi di zaman di mana masyarakat serba rosak ini kepimpinan sudah menjadi idaman dan sebutan. Rata-rata golongan yang sangat 'ambitious' kepada kepimpinan itu sudah tidak lagi merasa takut kepada kebesaran Tuhan. Sudah tidak mempedulikan soal Hari Perhitungan. Sudah melupai akan risiko dan beban berat yang bakal ditanggung. Kepimpinan sudah menjadi lubuk kesenangan, kemewahan dan populariti. Keinginan duniawi sangat jelas terbukti di kalangan pemimpin itu sendiri yang kepentingan diri, keluarga dan suku-sakatlah yang sangat diutamakan berbanding khidmat menyelesai dan memenuhi urusan masyarakat.

Sebagai pemimpin, Tuhan menjanjikan ganjaran yang amat istimewa seperti disebut oleh Rasulullah SAW dengan maksud, tujuh golongan yang memperolehi naungan Arasy, yang salah satu dari tujuh golongan tersebut ialah pemimpin yang adil. Dalam keterangan Hadis yang lain, Rasulullah ada menyebut dengan maksud bahawa keadilan sesaat menyamai ibadah enam puluh tahun. Berdasarkan keterangan Hadis tersebut, terlalu besar perhatian Tuhan terhadap golongan pemimpin. Namun di atas keistimewaan itu perlu diingat bahawa bukan mudah untuk mencapainya. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi amat ketat. Betapa besarnya janji Tuhan bagi mereka yang berjaya, begitulah juga berat dan keras pula ancaman Tuhan bagi mereka yang gagal dalam kepimpinan.

Banyak perkara jangan yang mesti dihindari oleh para pemimpin. Perkara-perkara 'jangan' itu tidaklah dipandang berat oleh Allah SWT andainya dilakukan oleh masyarakat biasa atau rakyat jelata. Dengan kata lain, adalah amat cacat sekiranya perkara-perkara ini dibuat oleh para pemimpin. Di kalangan masyarakat yang bertaqwa, pemimpin tidak punya apa-apa keistimewaan malah mereka terpaksa mencapai kedudukan: “kebajikan bagi orang-orang abrar itu (orang soleh) itu merupakan dosa bagi orang mugarrabin(orang yang dekat dengan Tuhan)."

Sebab itulah perkara-perkara 'jangan' bagi pemimpin mesti dijaga agar kedudukannya terus kekal berbeza dengan rakyat biasa. Antara perkara-perkara jangan itu ialah:

PERTAMA: Pemimpin jangan dengan mudah merasa selamat. Di hadapan rakyat, seorang pemimpin itu sentiasa diperhatikan kerana pemimpin itu adalah tempat rujukan dan ikutan rakyat. Manakala di sisi Allah SWT pula, bukan saja manusia, terabai tanggungjawab terhadap haiwan pun memungkinkan dipersoalkan oleh Allah SWT.

Rasa selamat itu ertinya sudah lupusnya rasa kehambaan. Sedangkan seorang hamba itu, hendaklah sentiasa merasai berdosa walaupun dalam keadaan tidak berdosa. Betapalah kalau memang berdosa. Mengekalkan rasa kehambaan yang mendalam itulah yang mendorong seorang pemimpin sentiasa merintih dan mengadu kepada Tuhannya agar sentiasa memberi petunjuk dan pimpinan.

Rasa kehambaan juga menjadikan seorang pemimpin itu sentiasa bertaubat memohon keampunan. Taubat itu pula merupakan salah satu saluran bantuan Allah SWT. Selain itu, yang lebih penting ialah seorang pemimpin bertanggungjawab membawa manusia kepada Tuhan. Membawa manusia merasai rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Tanggungjawab atau peranan itu tidak akan berkesan kecuali pemimpin itu sendiri memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan.

KEDUA: Pemimpin jangan tercabar dengan sebarang kritikan. Anggaplah sebarang kritikan umpama ada orang yang memberitahu bahawa dalam baju kita ada lipan. Sekalipun pemimpin tidak bersalah, terimalah lebih dahulu sebarang kritikan. Wibawa seorang pemimpin akan jatuh sekiranya awal-awal lagi sudah memberi reaksi sembrono, gopoh dan melenting.

KETIGA: Pemimpin jangan mudah merajuk. Sedari dan fahamilah bahawa masalah manusia tidak akan selesai dunia Akhirat. Bertambah tidak selesai, bertambah kusut dan buntu andainya pemimpin membawa diri kerana merajuk. Masalah akan terus terbiar sekiranya pemimpin memilih untuk lari dari masalah.

KEEMPAT: Pemimpin jangan menutup pintu perbincangan, muzakarah atau berkongsi idea, buah fikiran dan pandangan. jangan sekali-kali bersikap tidak menerima perbezaan pendapat, jangan timbul rasa tidak senang terhadap mereka yang memberi pendapat yang bertentangan. Lebih-lebih lagi pantang sama sekali seorang pemimpin itu mencari jalan menghapuskan mereka yang tidak sependapat, ertinya menyama-tarafkan mereka sebagai musuh.

KELIMA: Pemimpin jangan suka diampu. Sikap begini akan menjadikan seseorang pemimpin itu di kelilingi oleh pengampu. Pengampu bukan bererti penyokong dan pengampu juga seringkali tidak jujur. Mereka mempunyai muslihat untuk kepentingan diri. Laporan dari para pengampu ini seringkali kurang tepat. Sekiranyaseorang pemimpin itu membuat keputusan dan bertindak atas laporan tidak tepat dari puak pengampu maka akan timbul berbagai fitnah di dalam masyarakat.

KEENAM: Pemimpin jangan hanya bersedia terhadap orang atau sesuatu keadaan yang menyenangkan saja, yakni kalau tidak selesa mudah menarik muka dan menarik diri. Kalau tidak sesuai dengan selera dan keselesaan diri maka ditolaknya. Pemimpin yang bersikap begini adalah pemimpin yang lemah, yang tidak berupaya menanggung risiko. Kalau pemimpin tidak mahu mengambil risiko, betapalah rakyat biasa.

Mana-mana pemimpin yang ada pada dirinya perkara-perkara yang tersebut di atas maka dia adalah pemimpin yang ego dan tidak memenuhi syarat sebagai seorang pemimpin. Pemimpin yang begini pasti tidak mendapat pertolongan Tlihan dalam urusan kepimpinannya. Ini kerana dia tidak menghayati tugas dan peranan pemimpin.

Seorang pemimpin itu mestilah dengan penuh sedar bahawa tanggungjawab dan amanah Allah itu hendaklah dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam melaksanakan urusan kepimpinan itu Tuhan mahu melihat sejauh mana kesabaran dan pergantungan kita kepada Tuhan. Manakala kejayaan dalam urusan itu terserah kepada Allah SWT. Terdapat contoh sejarah di kalangan para rasul yang Tuhan tegur lantaran sikap kurang sabar, merajuk dan kurang bergantung kepada Tuhan.Contohnya, ialah Nabi Yunus a.s. Sedikit sikap merajuk atau kurang sabar Nabi Yunus itu bukanlah sampai terjatuh ke tahap dosa. Hanya sedikit rasa kurang selesa dengan kaumnya yang degil dan menyanggah seruannya. Lantaran itulah maka Nabi Yunus a.s. ditegur oleh Allah SWT. Teguran Tuhan itu didatangkan dalam bentuk Allah timpakan kesusahan kepada Nabi Yunus yang mana beliau ditelan oleh ikan. Kejadian itu menyedar dan menginsafkan Nabi Yunus. Lantas Nabi Yunus bertaubat tidak putus-putus.

Apabila taubat Nabi Yunus itu diterima dan Nabi Yunus kembali berserah kepada Tuhan, maka Tuhan keluarkan beliau dari perut ikan tersebut. Sewaktu kaumnya menemui Nabi Yunus terdampar di sebuah pantai, keadaan tubuhnya amatlah lemah. Kaumnya menerima Nabi Yunus dan memulihkannya. Kaumnya telah mengalami perubahan yang amat ketara. Perubahan kaum Nabi Yunus itu berlaku ketika Nabi Yunus masih berada di dalam perut ikan. Ertinya perubahan yang berlaku itu tanpa diusahakan oleh Nabi Yunus, dan tanpa sebarang penentangan.

Iktibar penting dari peristiwa Nabi Yunus dengan kaumnya itu ialah betapa sedikit saja tersilapnya seorang pemimpin maka Allah datangkan kifarah atau denda sebagai penebus dosa. Dan apabila seorang pemimpin itu bersungguh-sungguh membaiki diri, mendekatkan diri kepada Tuhan, bertaubat, memohon ampun, merintih, merayu dan menyerah diri kepada Tuhan; tanpa diusahakan, Tuhan jadikan masyarakat berubah, betapalah kalau disertakan dengan usaha. Adakalanya kedegilan umat, ingkarnya umat, keras kepada, tidak mahu patuh, itu adalah merupakan signal dari Tuhan bahawa pemimpin itulah yang sangat perlu membaiki dirinya. Apabila 'Whan sudi memandang dirinya maka Tuhanlah yang berhak menunaikan janjiNya melalui Tuhan lakukan perubahan kepada masyarakat